Thursday, September 25, 2014

Mimpi gigi bawah tercabut

Salam semua...tengah tengah pagi ni terpanggil untuk cerita sikit berkenaan mimpi aku minggu lepas... aku mimpi gigi bawah aku tercabut 2 batang tanpa rasa sakit.macam mana mula mimpi tu dah tak ingat..tapi sedang aku tengah shopping tiba-tiba aku rasa gigit aku tercabut..bila aku berhenti tengok kat cermin kedai..iyerlah gigi bawah aku tercabut satu..tak lama tu,tercabut lagi satu..bawah jugak...
tiba-tiba aku dengar suara budak menangis...owhh rayyan..anak aku sendiri nak susu...terus terjaga dari mimpi....bagi rayyan susu..cuba nak tengok jam pukul berapa...tak nampak, gelap..pastinya belum siang..jadinya bagi rayyan susu..dan aku tidur balik...

Bangun je tidur pagi,aku terus bukak ipad..cari petanda mimpi gigi bawah patah.sebab penah dengar,kalau gigi patah ni..orang kata..ada orang terdekat nak pegi menghadap penciptaNya.....so aku pun baca..dari pada blog orang lain..katanya kalau gigi bawah patah petunjuk akan mendengar berita sedih dari pihak perempuan....kalau gigi atas patah akan dgr berita sedih dari keluarga sebelah suami.....aku bukan lah taksub pun dengan mimpi ni..tapi sekadar nak tahu...

aku dah pun abaikan mimpi ni selepas beberapa hari..tapi..hari ni dengar story dari akak pulak...abg ipar malam kemarin mimpi tengah kumur kumur, 2 batang gigi dia patah bahagian bawah..ha sudah...berderau gak darah aku dengar....ermm..entah lah...kalau boleh aku tak nak taksub pun dengan mimpi mimpi ni....cuma hati ni masih 50 50... apa yang aku harapkan..jawapan kepada mimpi tersebut..tidak seperti maksudnya.....




No comments: