Thursday, September 25, 2014

Mimpi gigi bawah tercabut

Salam semua...tengah tengah pagi ni terpanggil untuk cerita sikit berkenaan mimpi aku minggu lepas... aku mimpi gigi bawah aku tercabut 2 batang tanpa rasa sakit.macam mana mula mimpi tu dah tak ingat..tapi sedang aku tengah shopping tiba-tiba aku rasa gigit aku tercabut..bila aku berhenti tengok kat cermin kedai..iyerlah gigi bawah aku tercabut satu..tak lama tu,tercabut lagi satu..bawah jugak...
tiba-tiba aku dengar suara budak menangis...owhh rayyan..anak aku sendiri nak susu...terus terjaga dari mimpi....bagi rayyan susu..cuba nak tengok jam pukul berapa...tak nampak, gelap..pastinya belum siang..jadinya bagi rayyan susu..dan aku tidur balik...

Bangun je tidur pagi,aku terus bukak ipad..cari petanda mimpi gigi bawah patah.sebab penah dengar,kalau gigi patah ni..orang kata..ada orang terdekat nak pegi menghadap penciptaNya.....so aku pun baca..dari pada blog orang lain..katanya kalau gigi bawah patah petunjuk akan mendengar berita sedih dari pihak perempuan....kalau gigi atas patah akan dgr berita sedih dari keluarga sebelah suami.....aku bukan lah taksub pun dengan mimpi ni..tapi sekadar nak tahu...

aku dah pun abaikan mimpi ni selepas beberapa hari..tapi..hari ni dengar story dari akak pulak...abg ipar malam kemarin mimpi tengah kumur kumur, 2 batang gigi dia patah bahagian bawah..ha sudah...berderau gak darah aku dengar....ermm..entah lah...kalau boleh aku tak nak taksub pun dengan mimpi mimpi ni....cuma hati ni masih 50 50... apa yang aku harapkan..jawapan kepada mimpi tersebut..tidak seperti maksudnya.....




Saturday, September 20, 2014

Double Tree By Hilton


20hb September 2014 

Awal awal pagi bangun,pastinya aku tuju ke anak bulus..bagi makan,bersihkan sangkar,garu2 perut diaorg sikit dah..pesan kat depa..mamy tak leh lama ni..mamy nak kua..dady ada farewell jap gi.korang jangan nakal2 ok.

Farewell kat mana.. Kat sini... 

Makan kitchen at Double Tree by Hilton Kuala Lumpur

Mrs Susan Branch Manager Rhb Bank Plaza Damas pindah ke Shamelin.Jadi buatlah makan-makan kat sini.

  
Untuk makan makan ni,kali ke dua aku join dengan depa.Kalau sebelum ni di One World Hotel Bandar Utama..makanan kat situ memang best.Puas hati,boleh dikatakan makanan sesuai untuk rakyat malaysia..makanan satu malaysia,aku katakan.6 bintang aku bagi...Sebab apa..ada malay food,indian food,chines food,western pun ada..tak terkata lah juadah yang dihidangkan memang mengancam..tak cayer pi cuba...sedapppp sangaf dan menarik..kambing golek,dim sum..wow terangkat..

Ok berbalik di cerita double tree by hilton ni,aku nak tunjuk lah korang,bos husband aku yang bertukar branch tu... 



Hihihi..banner pulak erk..karang lah,last stroy nanti aku tunjuk...

Bila cerita bab makan kat hotel ni..mestilah membayangkan makanan yang sedap sedap yang pelbagai jenis kan... Di Double Tree tak kurang hebat nya jugak,cuma sayangnya tak da kambing golek tak ada dim sum mcm  hotel hotel lain..

Mari aku belanja korang tengok food kat bawah ni..selamat menjamu mata 

  Ni di panggil tandori.. banyak makanan indian sebenarnya kat sini..yg berkerja pun macam dari indian jugak....tandori serve dgn roti nan dan ada roti canai jugak.

Nasi Beriani

Desert,agak kurang meriah..tak da red velvet..hehehe

Segala jenis noodles 

Satay

Malay food,ada kerabu,kari telur ikan tenggiri

Ni husban punya

Kebab chiken and satay

Mee sup

Choc fountant 

Salad bar


Itu je lah pun yg sempat aku snap ..sebenarnya tak byk pilihan pun makanan disini..aku duk terpusing pusing fikir nak makan apa..bukan aku je..rata rata semua pun sama...kesedapan tu ok lah...so so... Kalau ikut per head ni Rm98 sorang..tapi tadi ada lebih kurang 40 orang jugak kot..total bil Rm2000..  Ok lah kan..ada coporat price.. 

Aku  rate kan makanan kt sini dari 5 bintang,pada 4 bintang lah..ok lah kan...
Iyerlah tak da kambing golek..tak da udang yg mcm husben aku makan ni ....


Hahaha..ni kat mana pulak ni..ermm ni lah dekat One World Hotel Bandar Utama... Tgk tu sedap dan menyelerakan..sebenarnya banyak lagi hotel yg kami pergi makan..tapi sebab blog ni aku buka untuk  cerita baru..jadi tak mau nak cerita yang lama lama tu..ehehhe..tapi mungkin lah akan selit kan sikit sikit old story

Ok lah sebelum tutup cerita aku sajikan korang gambar kami anak beranak di double tree by hilton


Muka kekenyangan mintak tidur...


Sempat lagi tu toilet selfie..

And last..ni lah boss my husben yg tukar branch tu..


Yg free hair kiri,dan di gantikan dengan yg baru...kanan... 

Ok sampai sini saja..jumpa di lain entry! Bye...muahx!

Friday, September 19, 2014

Kembali Lagi Berbloger

Assalamualaikum......

Salam rindu pada teman teman blogger..Kalau setahun yang lepas aku dikenali dengan mrszahrinekin di blogspot.com ni...setahun tak mencoretkan apa apa di laman tersebut..kali terakhir  semasa raya tahun lepas 2013..Kemudian aku senyap dan hanya menjadi silent reader sahaja....dan kali ini aku terpanggil untuk berblog kembali..dengan nama bloger yang baru..rayyanmarshanda....

Aidil  Rayyan pun dan berusia 2tahun 3 bulan di waktu ini....entah bila agaknya marshanda akan hadir dalam keluarga kami..insallah ada rezeki akan datang.. setahun senyap tanpa sebarang coretan,dengan kesibukan membesarkan rayyan,mengurus rumah tangga,tambahan pula,dengan menguruskan anak anak bulus yang makin bertambah...membuat hari hari aku padat.Aku masih menjadi suri rumah tangga diusia 29 tahun,di atas permintaan suami,ingin anak membesar di depan mata..

Mungkin kali ini aku akan lebih aktif berbloger mungkin..tapi mungkin tidak sehebat " hanis zulaika" atau lebih mesra di panggil kek nis, " my journey my life...my family" atau "im yours by neena anuar yang kini dah glamour hingga ke majalah harmoni..atau the kasih..atau sesiapa saja... mungkin coretan aku untuk blog yang baru ini..pastinya banyak perkongsian mengenai si bulus bulus...kalau mereka kongsi ber holiday oversea sana.aku coretkan apa saja yang ada di sekeliling aku,yang berlaku...

Salam akhir buat teman teman blogger...jumpa di coretan yang lain.....